Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya. Apabila anda menggunakan perkhidmatan PuncakFinance.com, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bertekad untuk melindungi maklumat anda.
PuncakFinance.com dan berkaitannya (“PuncakFinance.com” atau “kami”) adalah kumpulan kewangan di Malaysia. Kami adalah komited untuk memastikan bahawa apabila kami mengumpul dan memproses maklumat mengenai pelawat-pelawat (“anda”) ke laman web kami atau ke laman Facebook kami, kami berbuat demikian selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).
Klik sini untuk kembali ke muka surat sebelum ini
1. Pengumpulan Maklumat Peribadi
PuncakFinance.com mungkin mengumpul maklumat mengenai anda (secara kolektif “data peribadi anda”) seperti nama, butir-butir perhubungan, kelayakan, akreditasi dan butir-butir pekerjaan anda. Kami mungkin juga mengumpul maklumat peribadi yang lain untuk memberi khidmat nasihat kepada anda atau untuk tujuan penilaian permohonan anda sepanjang urusan kami dengan anda. (Sebagai contoh, anda mengisi borang permohonan yang akan dinilai pegawai kami untuk verifikasi identiti anda, menilai kelayakan anda atau membekalkan khidmat konsultasi kepada anda). Di mana dapat dilaksanakan, tujuan kami mengumpul data peribadi anda akan dijelaskan kepada anda semasa data peribadi anda dikumpul.
Apabila anda melayari laman web dan laman Facebook kami, kami mungkin mengumpul data melalui alat analisis web, seperti Google Analytics, Google Tag Manager, Facebook Pixel dan sebagainya, apabila anda:
(a) mendaftar atau melanggan laman web atau laman Facebook kami atau meminta perkhidmatan-perkhidmatan dari kami;
(b) menghubungi kami untuk membuat laporan tentang masalah berkenaan laman web kami atau laman Facebook kami, seperti aktiviti-aktiviti umum mengguna alat pertanyaan, ciri-ciri laman web, mengisi borang online; dan
(c) menghubungi PuncakFinance.com secara dalam talian untuk mendapat perkhidmatan kami. Penghantaran borang online dengan butir -butir anda kepada kami merupakan persetujuan nyata anda untuk kami mengguna, menyimpan dan memproses data peribadi anda untuk, antara lain, menilai permohonan anda dan membenarkan kami untuk menjalankan sebarang pemeriksaan rujukan dan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin perlu dijalankan oleh kami di bawah mana-mana undang-undang Malaysia yang terpakai. PuncakFinance.com juga mungkin mengumpul data peribadi anda dari maklumat dan rekod umum dan pihak ketiga.
2. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi
PuncakFinance.com akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain tanpa mendapatkan persetujuan anda terdahulu, kecuali di mana dikehendaki oleh undang-undang. Secara am, kami hanya akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
(a) memberi atau memudahkan penghantaran perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda;
(b) mengekalkan hubungan urusan kita, di mana anda merupakan pengguna perkhidmatan kami atau parti kepada perjanjian perkhidmatan antara kita;
(c) berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan–pertanyaan anda;
(d) pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, menasihati anda tentang berita-berita dan kemaskini industri, kemaskini undang-undang, promosi-promosi, laporan-laporan dan maklumat lain. Sekiranya anda tidak ingin menerima komunikasi sedemikian, anda boleh berhenti melanggan daripada komunikasi-komunikasi tersebut pada bila-bila masa;
(e) kepada pihak ketiga seperti WordPress, Facebook dan Google yang berperanan sebagai pemilik dan pentadbir hosting platform dan alat-alat analisis web. Pihak ketiga tersebut wajib mematuhi Terma Penggunaan, Dasar Data dan Dasar Pengiklanan yang selaras dengan janji-janji privasi dan kerahsiaan PuncakFinance.com ;
(f) sekiranya PuncakFinance.com bergabung dengan atau diambil alih oleh perniagaan lain, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pemilik-pemilik baru perniagaan dan penasihat-penasihat mereka dan sekiranya ini berlaku, anda akan dimaklumkan tentang kejadian tersebut;
(g) kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pengawal selia atau pihak penguatkuasaan undang-undang, jika mereka mengehendaki kami berbuat demikian;
(h) kami juga akan mendapatkan persetujuan anda sebelum kami mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedah data peribadi anda untuk sebarang tujuan atau sebab yang tidak disenaraikan di atas atau yang dibenarkan di bawah APDP atau sebarang undang-undang lain yang
3. Keselamatan
PuncakFinance.com mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan data peribadi anda selamat, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Internet bukan selalunya satu kaedah yang selamat untuk menghantar data. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda dengan melaksanakan sistem keselamatan digital di pelbagai bahagian laman web kami. Namun demikian, PuncakFinance.com tidak boleh bertanggungjawab terhadap keselamatan data yang telah dihantar oleh anda kepada kami menerusi kaedah yang tidak selamat (akses internet anda atau alat perhubungan yang telah dikompromii). Dalam keadaan yang tidak mematuhi amalan keselamatan data asas, PuncakFinance.com , kami tidak boleh menjamin bahawa privasi anda akan dilindungi selaras dengan Dasar Privasi ini, . Anda patut merujuk kepada dasar keselamatan data pembekal khidmat internet (atau “ISP”) anda memandangkan kami tidak mempunyai kawalan terhadap mereka dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang data yang telah dikompromii sebelum data diterima PuncakFinance.com .
9. Akses kepada Data Peribadi
Anda boleh meminta akses dan pembetulan kepada data peribadi anda yang dipegang di PuncakFinance.com atau meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau dipadam dengan menghubungi Pegawai Privasi PuncakFinance.com seperti yang dinyatakan di bawah. Kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda. Di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian, kami boleh menolak permintaan anda dan memberi sebab-sebab kami untuknya. Misalnya, di mana anda meminta supaya data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan dan terdapat pertikaian mengenai fakta-fakta, kami akan membuat nota pada data peribadi anda berkenaan pertikaian itu..
Anda juga boleh meminta PuncakFinance.com berhenti menggunakan data peribadi anda dan menghubungi anda dan kami akan mematuhi permintaan anda. Namun demikian, jika permintaan ini melibatkan permintaan untuk memadamkan fail anda, sila maklum bahawa kami tidak perlu atau tidak dapat berbuat demikian, terutamanya jika anda masih ada urusan dengan kami (seperti perjanjian antara kita yang masih aktif). Kami berhak untuk mengenakan bayaran pentadbiran untuk sebarang akses data dan permintaan pembetulan.
10. Aduan
Di PuncakFinance.com kami berhasrat untuk mengakui penerimaan aduan anda secepat yang mungkin dan komited untuk menyelesaikan semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari Namun demikian, mungkin terdapat keadaan di mana ini adalah tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kandungan aduan tersebut. Dalam keadaan demikian, kami akan membalas aduan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Anda mungkin ingin menghubungi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi jika anda tidak berpuas hati dengan balasan kami kepada aduan anda.
11. Perhubungan
Anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami dengan menulis kepada kami di alamat e-mel kami atau alamat pos kami di bawah, jika anda ingin meminta untuk mengakses data peribadi anda yang dipegang oleh kami, meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan, atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami. Jika anda ingin sebarang maklumat lanjut, atau anda mempunyai sebarang komen mengenai Dasar Privasi ini atau sebarang soalan atau aduan terhadap sebarang isu privasi, ini juga patut dikomunikasikan kepada kami dengan cara yang sama.
Butir-butir Perhubungan: [email protected] :
PuncakFinance.com
12. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
PuncakFinance.com mungkin meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda. Kami menyarankan anda kerap melayari laman web kami untuk mengikuti sebarang perubahan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris, Dasar Privasi ini, versi Bahasa Malaysia akan diguna pakai.
DIMILIKI OLEH: PuncakFinance.com
KADAR FAEDAH PINJAMAN TIDAK MELEBIHI: 12% SETAHUN (BERCAGAR) DAN 18% SETAHUN (TIDAK BERCAGAR) | WHATSAPP
WL7889/14/01-2/021125
© PuncakFinance.com All rights reserved.